Ramai yang kurang tahu, sebanyak 20,000 liang pori dipermukaan wajah. Sangat penting bagi kita untuk mendapatkan produk sedemikian untuk memelihara kecantikan. Ternyata gandingan dua produk ini menghasilkan keputusan yang diluar jangkaanmu. Lega apabila pori-pori wajah nampaknya semakin mengecil dan solekan pun semakin menyerlahkan seri wajah.
Cara aplikasi produk:
1) Pore Minimizer – Digunakan sebelum pelembap
2) Refiner – Skrub, digunakan dua kali seminggu
Mulakan dengan Microdermabrasion Refine, skrub yang mampu membersihkan wajahmu dua kali seminggu. Teksturnya dipercayai mencuci wajah lebih mendalam. Selepas dikeringkan, wajah dirasakan lebih mulus dan perasaan pun lebih segar dari sebelumnya. Kemudian barulah dioles lembut dengan Pore Minimizer yang bertekstur lembut.
Kerana teksturnya begitu, Pore Minimizer lebih mudah menyerap ke dasar kulit. Kamu dapat merasakan sapuan lembutmu mula menyerap secara mudah. Saya suka mengenakan produk ini sebelum bersolek.
TimeWise® Pore Minimizer
Kajian telah dijalankan terhadap 10 wanita untuk menggunakan Mary Kay TimeWise® Pore Minimizer dua kali sehari selama tiga minggu. Ternyata lapan dari 10 wanita tadi gembira dengan hasil ditunjukkan pada kulitnya.Serum ini menyediakan pertahanan setiap hari untuk mengawal pembesaran liang roma. Setelah merawat liang roma, secara tidak langsung tekstur kulit pun tampil lebih menawan.
Pore Minimizer ini meninggalkan kelembapan pada kulit dan keseluruhannya kulit jadi lebih jelas. Radang juga tidak lagi muncul setelah memakainya dan kamu selesa sepanjang hari. Merenung ke cermin, ternyata kompleksi wajah semakin sekata.
Keputusan Jelas Kelihatan Selepas Tiga Minggu
Ini adalah keputusan daripada kajian terhadap wanita tadi mampu menyedari perubahan pada wajah mereka setelah menggunakan Pore Minimizer.- Memberi lebih keyakinan – 80%
- Menutup jelas liang roma – 83%
- Memperbaiki penampilan kulit – 87%
- Meninggalkan kulit lebih lembut – 90%
Sumber Blog
No comments:
Post a Comment