Jelajah ke Rumah hantu memberikan suatu pengalaman misteri dan mencabar. Salah satu hiburan bertemakan hantu ini cukup menggugat emosi kepada setiap pengunjung. Niatku kesini adalah ingin merasai suasana seram disamping itu, mungkin boleh membantu untuk bahan pada sebuah Coretanku nanti berkisar kisah seram.
Seusai menjelaskan bayaran tiket untuk tiga orang, penjaga dipintu masuk itu membenarkan kami masuk dan memberitahu, kami di benarkan merakam apa-apa saja objek yang terdapat didalam, berkata-kata dalam hatiku sungguh membantu. Ini sangat-sangat menyenangkan aku dan tanpa banyak soal aku terus saja memasang alat perakam video hp.
Saat melangkah di pintu masuk tiba2 suara nyaring bersahut sahutan dengan hilai tawa yang sungguh menyeramkan kedengaran bergema dalam bangunan, aku dan kedua puteriku berpandangan sesama sendiri, langkah kami terhenti seketika, rasa hendak tak hendak untuk Meneruskan jelajah. Akhirnya kami Meneruskan juga.
Didalam suasana samar dengan persekitaran yang menyeramkan itu, kami berjalan beriringan sambil berpegang tangan. Mataku memerhati di sekitar sambil Menghala hp cuba merakam objek2 yang ada di situ.
Kelihatan ada tengkorak manusia, mayat sedang terbaring dan mcm2 lagi di iringi dengan bunyi2an yang membangkitkan rasa seram, aku yang sejak mula masuk tadi berusaha untuk tidak berasa seram dan berlagak kuat, mulai diselubungi perasaan takut, bulu roma ku mulai meremang, jantung ku berdegup kencang,.
Tanpa diduga kelibat seekor hantu muncul tiba2 secara mengejut dihadapan kami berwajah sangat buruk dengan lidah terjelir dan terus hilang dalam gelap, kecut perut di buatnya, apa lagi berderai-derai lah jeritan kami bertiga tidak mampu dikawal lagi.
Tanpa diduga kelibat seekor hantu muncul tiba2 secara mengejut dihadapan kami berwajah sangat buruk dengan lidah terjelir dan terus hilang dalam gelap, kecut perut di buatnya, apa lagi berderai-derai lah jeritan kami bertiga tidak mampu dikawal lagi.
Ya Tuhan kami gagal mengawal emosi. Jantung kian berdegup kencang, kami mempercepatkan langkah, dihadapan terdapat sebuah kubur usang, di sebelahnya ada sebiji tajau besar, sedang aku memerhati dan Cuba merakamnya, Tiba2 satu lembaga tak berwajah
Muncul dari tajau itu, berderai lagi jeritan kami bertiga, kami berlari sekuat tenaga meninggal kan tempat itu, Rasanya aku semakin tak tahan dengan suasananya, aku ingin cepat beredar dari dalam...
Misteri patung Wanita bergerak?
Dibangunan ini ditingkat bawah kami sempat berkunjung namun tidak lama kerana tidak ada yang menarik untuk di tatap jadi kami hanya berlegar-legar dalam hanya beberapa minit saja. Kami dimakl1umkan harga tiket untuk ke Tingkat atas agak mahal maka terpaksalah kami melupakan hasrat melawat ke tingkat atas. Kami di maklumkan ditangkat atas banyak replika patung terpamir sayang juga tidak melihatnya.
Namun ditingkat bawah ini ada sesuatu yang agak misteri iaitu tentang patung Wanita berdiri paling hadapan. Ketika melangkah masuk, mata ku tak berkedip melihat pada dua patung wanita yang aku sangkakan mereka itu manusia,, rasa keterpesonaan melihat betapa jelitanya wajah2 itu dengan bentuk tubuhnya tinggi lampai, ku lihat patung wanita yang berdiri paling hadapan itu tersenyum padaku dan menunduk sedikit, aku turut membalas senyumannya. Aku
menyangkakan mereka itu manusia dan saja berdiri disitu untuk menyambut setiap penghujung yang datang. Mataku masih tertumpu pada patung Wanita itu, Dan rasa agak hairan kerana bila aku perhatikan, patung yang ku sangkakan manusia itu tidak pun bergerak nampak kaku saja. Lalu aku bertanya kepada perempuan yang duduk di kaunter ingin kan kepastian, apakah itu patung atau manusia? Jawabnya patung. Hati kecilku rasa tak puashati kerana aku benar-benar melihat dia bergerak. Hemm entahlah.
No comments:
Post a Comment