Monday, 5 December 2011

Sabah Tangga Kedua Negeri Paling Ramai Belajr di OUM


KENINGAU: Pengarah Open University Malaysia (OUM) Wilayah Sabah, Lamjin Atoh berkata, Sabah berada di tangga kedua sebagai negeri paling ramai di negara ini belajar di universiti itu, selepas Kuala Lumpur.
“Pelajar OUM kini mencapai 15,000 orang,”  ketika universiti itu mula bertapak di Sabah pada tahun 2002, hanya kira-kira 53 orang yang mendaftar sebagai pelajar, tetapi kini bilangannya mencacah sehingga 15,000 orang.

“Saya benar-benar bangga dengan peningkatan ini,” katanya dan menambah, sasarannya ialah memastikan OUM sebagai salah sebuah universiti pilihan tinggi di kalangan rakyat Sabah menjelang Tahun 2015.

Sepanjang lapan tahun bertapak di negeri bawah bayu ini, OUM telah melahirkan kira-kira 9000 graduan termasuk mereka yang masing-masing menerima ijazah pada 19 – 22 Jun ini di PWTC Kuala Lumpur. OUM telah melahirkan kira-kira 984 garaduan Sarjana Muda Pengajaran (SMP). SMP Pedalaman seramai 284 pelajar sedang mengikuti pengajian, melibatkan guru-guru tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di seluruh Sabah, dan berpusat di Keningau.

Kira-kira 700 pelajar lagi terlibat dalam program SMP/biasa, dan sebahagiannya telah menamatkan pengajian.
SMP Pedalaman merupakan program khas Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan guru-guru di seluruh Sabah, sementara SMP/biasa adalah pelajar di kalangan guru-guru yang bertugas di kawasan Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom, atau melanjutkan pengajian secara bersendirian tetapi di bawah program pengijazahan kementerian.

No comments:

Post a Comment