Wednesday, 20 June 2012

Kehadiran PERDANA MENTERI MALAYSIA ke KENINGAU memberi sejuta makna buat rakyat KENINGAU

Kg. Tuarid Taud salah satu tempat yang telah di kunjungi Perdana Menteri sebelum melangkah ke Kompleks sukan merasmikan Pesta Kaamatan peringkat nasional, di mana lokasi kemuncak akhir lawatan beliau ke Keningau
Kg. Tuarid Taud kabarnya Parti Star sangat aktif di kampung ini
16hb Jun 2012 Keningau melakar sejarah dengan kehadiran pemimpin No 1 Negara telah mewarnai suasana Daerah Keningau yang nanti-nantikan selama ini.
9hb Jun tarikh yang telah ditetapkan lawatan PM ke Keningau namun telah di tunda ke tarikh 16hb Jun atas sebab yang tidak dapat di elakkan, kerana di kabarkan PM menghadiri program di tempat lain, desas-desus kedengaran PM tidak dapat hadir ke Keningau mengundang rasa kecewa rakyat Keningau maklumlah harapan besar rakyat di daerah ini, melihat pemimpin ini bersama rakyat di pedalaman terlalu tinggi menggunung.

Apa lagi segala persiapan telah dibuat sudah hampir berbulan dan begitu juga dengan mesyuarat yang tidak henti-henti diadakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program. DO selaku master di daerah telah bertungkus-lumus melakukan yang terbaik, pastinya DO tiada rehat langsung asyik memikirkan banyak perkara untuk menyambut kehadiran pemimpin NO 1 Negara ke daerah ini.

Alhamdulillah kedatangan PM ke daerah ini sedikit sebanyak telah mengubah suasana dan jiwa masyarakat pedalaman, ditambah lagi beberapa perkara penting yang telah di lakukan oleh pemimpin ini untuk rakyat pedalaman, antaranya ialah pecah tanah untuk pembinaan Kolej KDM di Tambunan, UITM di Pekan Sook, dan melangsaikan isu Tanah yang telah lama mencederakan jiwa sebahagian rakyat pedalaman, perkara ini memberi kesan yang positif kepada rakyat pedalaman khususnya di keningau dan sekitar daerah.

 Lebih-lebih lagi di saat PRU 13 sedang terkuak, tindakan PM Dato Seri Najib ini sangat tepat pada waktunya kerana sudah tentu jiwa-jiwa rakyat yang merajuk kesan daripada isu tanah ini dapat diredahkan itu pun jika mereka tahu bersyukur dan janji PM ini dilaksanakan secepat yang diharapkan oleh mereka yang terlibat dalam isu ini.  Semoga rakyat pedalaman di daerah ini akan terus teguh menyokong perjuangan kerajaan Barisan Nasional yang tidak henti-henti memberi keselesaan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment