Sunday, 14 October 2012
Apa Perasaan Datang Ke Malaysia ?????
Pertama kali saya menjejakkan kaki ke tanah semenanjung pada tahun 1989, ketika itu saya menghadiri kursus selama enam bulan anjuran jabatan. Saya dan beberapa rakan daripada negeri bawah bayu terpilih mengikuti kursus tersebut. Kesemua peserta kurus terdiri daripada 14 buah negeri termasuk sabah dan sarawak.
Sebelum kursus enam bulan bermula, para peserta seramai hampir dua ratus orang terlebih dahulu mengikuti satu program orientasi ala tentera selama seminggu di salah sebuah kem tentera sekitar kuala lumpur, dalam sesi orientasi tersebut kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang mana kesemua peserta dalam kumpulan itu terdiri daripada pelbagai negeri.
Ketika sesi suaikenal dikalangan rakan-rakan bermula, pertanyaan pertama yang di ajukan oleh salah seorang rakan daripada semenanjung kepada saya " BAGAIMANA PERASAAN ANDA DATANG KE MALAYSIA " ? saya tergamam mati akal untuk menjawab pertanyaan tersebut, saya berangapan pertanyaan itu hanya sekadar jenaka, tetapi tidak, itu pertanyaan serius... apa pula pertanyaan ini? hati saya berbisik ..apakah saya ini bukan orang Malaysia di ajukan pertanyaan sebegini.. hahaha satu pertanyaan yang agak lucu kedengaran..pertanyaan itu saya tidak akan lupa sampai bila-bila..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment