Dikalangan kita ramai yang tidak teruja mengenang kisah pahit lantaran ia tentu amat menyakitkan, namun hakikat kita terlupa bahawa disebalik kepahitan itu terselit pelbagai hikmah yang sungguh diluar jangkaan. Sekadar perkongsian, Sebelum saya bertugas dalam jabatan saya sekarang ini, saya pernah memohon pelbagai jawatan dibeberapa ajensi kerajaan dan telah melalui proses temuduga, antaranya ialah di salah sebuah bank, saya sangat-sangat mengharapkan agar saya berpeluang bekerja di bank tersebut, namun saya hampa kerana gagal merebut peluang itu. Kemudian saya pernah memohon jawatan pembantu tadbir di salah satu jabatan .kecewa rezeki tidak memihak buat saya. Ada beberapa lagi jawatan yang pernah saya pohon semuanya menemukan kegagalan. Akhirnya saya mendapat peluang bekerja didalam jabatan saya sekarang, Dengan hati yang terpaksa saya terima walau pun gajinya sangat tidak memuaskan hati ketika itu kerana sudah tiada pilihan. Setelah saya bekerja di jabatan ini, saya masih terus mencuba melamar pekerjaan ditempat lain hanya kerana atas faktor gaji namun tiada rezki. Akhirnya saya lupakan hasrat itu. Saya nekad akan terus bekerja di jabatan ini walaupun gaji tidak seberapa. Sungguh diluar jangkaan, Setelah beberapa tahun saya bekerja di jabatan ini, Alhamdulillah jawatan saya telah bertukar, kemudian beberapa tahun seterusnya bertukar lagi kejawatan yang agak keatas saya sangat bersyukur.
Saya teringat peristiwa ketika saya memohon jawatan di salah satu jabatan ... sebagai pembantu tadbir saya bertemu dengan pegawai berkenaan dan menyerahkan sepucuk surat sokongan daripada pengarah bahagian perjawatan negeri, masa itu melalui surat sokongan dari pegawai atasan mudah saja mendapat jawatan yang dipohon itu pun jika ada kekosongan. pegawai berkenaan menolak mentah-mentah permohonan saya dan menyatakan kepada saya bahawa sekolah itu telah ada calon, setahu saya calon yang di maksudkan itu sebenarnya telah pun mendapat tawaran ke IPG, saya tahu kerana dia merupakan rakan sekolah saya, atas faktor itulah saya memohon jawatan tersebut dan mengharapkan agar saya diberi peluang. malangnya tiada rezeki saya dijabatan itu.
Masa terus berlalu satu ketika isteri pegawai berkenaan beberapa kali bertemu dengan saya, lepas tu call lagi merayu-rayu mohon bantuan agar anaknya mendapat peluang untuk jawatan yang dipohonnya dijabatan saya. Kesihan juga saya mendengar luahannya anaknya ada ijazah, umur kian meningkat namun belum ada kerja, bakal berkahwin pula, banyak kali memohon di mana-mana jabatan namun belum ada rezki. Sungguh-sungguh dia mengharap,
Sambil berborak perihal anak-anak yang tiada kerja, saya pula menceritakan perihal saya yang pernah melalui keadaan serupa, saya menyatakan padanya setiap kegagalan itu ada hikmah, saya juga mengambil kesempatan menceritakan kisah saya yang pernah berurusan dengan suaminya satu masa lalu, tetapi menolak permohonan saya untuk jawatan tersebut, malah saya menyatakan ucapan terima kasih kepada suaminya kerana menolak permohonan saya ketika itu, mungkinkah saya tidak akan berpeluang menyandang jawatan sebaik ini seandainya saya bekerja dijabatan itu sehingga kehari ini, dia tersenyum faham. Tidak pernah terlintas difikiran secalit dendam dihati diatas peristiwa itu, malah saya bersungguh-sungguh membantu anaknya.
Alhamdulillah akhirnya rezeki menyebelahi anaknya dan sekarang telah bertugas sebagai kakitangan di jabatan saya. Itulah secebis kisah dan berkat dari kesabaran.." yang saya jadikan sebagai iktibar. Yang pahit itu jangan terus dibuang, yang manis itu jangan terus di telan ". Tuhan telah menentukan apa yang terbaik untuk kita, justeru jangan mudah merasa kecewa dengan setiap kegagalan yang kita lalui.
Sedetik lagi pintu 2013 mula terkuak, andai jasad ini masih bernafas, doa sentiasa di panjatkan semoga tahun yang mendatang ini akan lebih baik daripada semalam, semua insan mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan ini. Wassalam Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013
No comments:
Post a Comment