Tuesday, 17 September 2013
DEMOKRASI YANG DI CALAR
Pemilihan bakal berlangsung setelah tamatnya persidangan di peringkat cawangan yang mana telah berakhir pada 15 september lalu, kali ini di jangka lebih ramai ahli yang menawar diri bertanding dalam sayap pergerakan bahagian, wanita , pemuda dan puteri. Perubahan telah dibuat bagi tujuan memberi laluan mudah kepada semua ahlinya yang berminat mengangotai organisasi dalam barisan pergerakan.
Ini di lihat adil, namun benarkah ia benar-benar adil kepada semua ahli yang bercita-cita dan berminat merebut setiap jawatan yang di pertandingkan?? ada beberapa bahagian yang kedengaran awal-awal ketua bahagian atau ketua wanita memberi amaran keras agar jawatan itu jangan cuba-cuba di rebut...demokrasi kah ini? di mana suara yang di laungkan agar golongan muda di beri ruang tampil bersama-sama dalam barisan kepimpinan di peringkat bahagian , wanita, pemuda mahu pun puteri..
Seorang sahabat saya menelefon berkongsi bagaimana perasaan kecewanya terhadap ketua bahagiannnya dan ketua wanitanya kerana memberi amaran keras terhadapnya agar melupakan hasratnya bertanding untuk jawatan ketua wanita atau naib..saya pun tak tahu nak kata apa, kerana di bahagian saya tidak berlaku demikian. Demokrasi tetap di laksanakan, kerana ketua bahagian di tempat saya pun bakal di tandingi oleh salah seorang AJK bahagian, pun tidak kedengaran ketua bahagian melata atau marah, malah katanya teruskan, begitu juga dengan ketua wanita yang bakal berdepan dengan mantan ketua wanita satu lawan satu.
Bukan kah lebih baik jika semua pihak lebih terbuka memberi ruang kepada sesiapa juga ahli yang berminat, sebagaimana yang di laung-laungkan pertandingan secara sehat dalam keluarga parti..bukan kah kalah , menang itu perkara biasa justeru kenapa harus takut berdepan dengan situasi ini ? kenapa tidak bersikap adil dalam perkara ini hanya jawatan kecil di peringkat bahagian bukannya nak merebut jawatan PM .
Jelas di kalangan ahli parti berstatus ketua takut dengan bayang-bayang sendiri, risau kehilangan jawatan dengan alasan mengelak perpecahan di kalangan ahli parti...Mungkin ada rasionalnya namun jangan sampai memberi ugutan kepada ahlinya sendiri. apakah sikap pemimpin begini yang harus kita sokong? Di mana demokrasi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment