Umur 13 tahun tiada sijil lahir |
Di Tabika ini ada seorang budak lelaki dalam gambar ini, saya bertanya kepada guru yang bertugas di Tabika ini tentang budak lelaki ini, kata guru berkenaan budak ni setiap hari datang ke Tabika menjaga dua orang adiknya, saya bertanya pada budak ini, kenapa tidak ke sekolah dan berapa umur? jawabnya 13 tahun tiada sijil lahir, hanya dua orang adiknya saja yang mempunyai sijil lahir, agak janggal kedengaran bila orang tempatan tidak mempunyai sijil lahir. Ayahnya orang tempatan mana kala ibunya berasal dari Indon. Jika ayahnya orang tempatan rasanya tiada masalah untuk mendapatkan sijil lahir, saya agak simpati nasib anak ini, apa akan jadi kepada masa depannya????
No comments:
Post a Comment