Kerajaan disaran menggalakkan sektor korporat dan
syarikat menganjurkan acara hari keluarga serta aktiviti lain berasaskan
keluarga untuk kakitangan mereka dalam usaha mengukuhkan institusi
kekeluargaan melalui pengecualian cukai dan inisiatif lain.
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kakitangan atau pekerja adalah aset terpenting syarikat dan kesejahteraan mereka penting dalam menentukan produktiviti syarikat.
Katanya, majikan perlu memainkan peranan untuk menjamin
kesejahteraan kakitangan atau pekerja melalui aktiviti berasaskan
keluarga dengan sokongan kerajaan.
“Melihat pelbagai gejala sosial yang melanda anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan serta menggalakkan nilai murni menjadi semakin penting hari ini berbanding dulu.
Masalah sosial
“Apabila negara itu menuju kemajuan, institusi kekeluargaan mungkin menjadi mangsa pertama di mana anak tidak mendapat perhatian dan bimbingan secukupnya, mengakibatkan kemunculan gejala sosial yang mempengaruhi remaja kita,” katanya di sini, semalam.
Lam Thye berkata, ibu bapa yang sibuk, tidak mampu menghabiskan masa berkualiti bersama anak terutama di bandar dan menyebabkan mereka tidak mendapat kasih sayang serta tunjuk ajar mengenai nilai murni kekeluargaan.
“Mereka akan mencari bimbingan rakan sebaya. Kewujudan tekanan persekitaran rakan sebaya yang negatif akhirnya akan menghasilkan pelbagai gejala sosial,” katanya.
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kakitangan atau pekerja adalah aset terpenting syarikat dan kesejahteraan mereka penting dalam menentukan produktiviti syarikat.
Apabila negara menuju kemajuan, institusi kekeluargaan menjadi mangsa pertama di mana anak tidak dapat perhatian” Lee Lam Thye, Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia
“Melihat pelbagai gejala sosial yang melanda anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan serta menggalakkan nilai murni menjadi semakin penting hari ini berbanding dulu.
Masalah sosial
“Apabila negara itu menuju kemajuan, institusi kekeluargaan mungkin menjadi mangsa pertama di mana anak tidak mendapat perhatian dan bimbingan secukupnya, mengakibatkan kemunculan gejala sosial yang mempengaruhi remaja kita,” katanya di sini, semalam.
Lam Thye berkata, ibu bapa yang sibuk, tidak mampu menghabiskan masa berkualiti bersama anak terutama di bandar dan menyebabkan mereka tidak mendapat kasih sayang serta tunjuk ajar mengenai nilai murni kekeluargaan.
“Mereka akan mencari bimbingan rakan sebaya. Kewujudan tekanan persekitaran rakan sebaya yang negatif akhirnya akan menghasilkan pelbagai gejala sosial,” katanya.
No comments:
Post a Comment