Thursday, 25 July 2013

Datuk Azalina Bakal Ketua Wanita UMNO Malaysia ?


Datuk Azalina Dato Osman Said Mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia

Dato Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO Malaysia

Kedua tokoh ini tidak asing lagi dikalangan wanita dan puteri, mereka memiliki kelebihan dan kehebatan tersendiri, Dato Shahrizat Jalil mahu pun Datuk Azalina. Datuk Azalina merupakan mantan ketua pergerakan puteri umno malaysia juga bekas menteri belia dan sukan malaysia.

Penubuhan pergerakan Puteri Umno pada tahun 2001 dalam era Tun Mahatir, bermula disinilah saya mengenali Azalina secara dekat kerana saya turut terlibat dalam pergerakan puteri sebagai ketua di peringkat bahagian. Secara peribadi saya melihat Azalina adalah seorang yang berperwatakan tegas dan rajin bekerja. Pengalaman Azalina menarajui Puteri Malaysia dengan begitu baik sekali Sudah tentu dapat membantu beliau menggalas tanggungjawab ini dengan baik jika sekiranya beliau diberi mandat dan kepercayaan oleh para perwakilan dalam pemilihan yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Minggu lepas saya mendapat undangan daripada orang kanan Datuk Azalina hadir dalam satu perjumpaan disalah sebuah Hotel terkemuka di Ibu Negeri bersama beberapa mantan ketua puteri UMNO bahagian di Sabah ini. Intipatinya, beliau menyampaikan makluman Datuk Azalina akan bertanding sebagai ketua wanita Umno Malaysia dalam pemilihan kali ini.

Saya sebenarnya dah maklum pun perkara ini melalui berita utusan malaysia yang mana Datuk Azalina telah pun membuat keputusan akan bertanding. Wakil Datuk Azalina minta jasa baik agar beliau diberi peluang dalam menerajui pergerakan wanita dengan misinya membawa perubahan dalam pergerakan itu nanti jika sekiranya beliau berjaya dalam pemilihan tersebut. Perkara ini disampaikan kepada beberapa mantan ketua2 puteri bahagian yang bakal bertanding merebut jawatan penting dalam pergerakan wanita dibahagian masing-masing. Itu pun jika sekiranya mereka berjaya dalam pemilihan itu nanti.

Apa pun yang disuarakan tunggu dan lihat keputusan masing-masing jika sekiranya semua berjaya dalam pemilihan.  Datuk Azalina kena bekerja keras sekiranya beliau meneruskan cita2...Meskipun Dato Sharizat terlibat dalam skandal lembu yang melibatkan suaminya, namun apa yang saya perhatikan  pergerakan wanita bahagian di kebanyakan tempat masih setia bersamanya, mereka tidak sangat melihat isu lembu itu tetapi mereka melihat kerja keras dan usaha gigih Dato Sharizat dalam menjayakan setiap misi pergerakan wanita umno. Namun terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka dalam merai sokongan daripada semua perwakilan.

No comments:

Post a Comment