Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertempat di Kg. Bayangan Keningau Sabah. ''Detik-detik bersejarah ini akan menjadi suatu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh warga kg. bayangan.
Kg. Bayangan terpilih menerima anugerah ini bukannya suatu yang pertama kali tetapi ia adalah yang kesekian kalinya sejak tahun 1986, kampung tersebut mula melakar nama apabila muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri Sabah.
Pada 1998, sekali lagi kampung ini menyandang gelaran johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri dan kebangsaan.
Bermula dari situ, kampung di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tuan Hj Kaipin Rosmin terus mengorak langkah sehingga meraih johan Pertandingan Desa Cemerlang peringkat kebangsaan pada 2004. Kejayaan tersebut sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dan Pusat dalam melaksana program pembangunan luar bandar. ''Kejayaan ini juga adalah kerana kestabilan politik dan ekonomi hasil kebijaksanaan kepimpinan negeri di bawah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. ''Malah, juga mendapat kerjasama baik daripada kepimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan sebagai Ahli Parlimen Keningau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah juga wakil rakyat dun kawasan N. 34 Liawan YB Datuk Sairin Karno.
Selain itu, kampung bayangan mendapat bimbingan daripada pelbagai agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS dan beberapa agensi berkaitan, apa yang membanggakan ialah, kemenangan GDW Kampung Bayangan sedikit sebanyak mengharumkan daerah Keningau dan negeri Sabah sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bayangan.
Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423 penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku Dusun yang 100 peratus beragama Islam.
Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW. Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'.
Selain kejayaan GDW, kampung itu juga berjaya muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) peringkat negeri.
Rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai, Kampung Bayangan mula dikenali bukan saja di peringkat negeri malah di seluruh malaysia amnya, tersebut nama kg bayangan pasti terbayang keindahan kampungnya serta warganya yang ramah- tamah. Sayangnya setelah kejayaan demi kejayaan dicapai keceriaan kampung ini telah mula bertukar malap nampak tidak terurus. Pertukaran kepimpinan Kampung Bayangan ( JKKK ) antara faktor kepada perubahan ini, tambahan lagi warganya kebanyakannya telah menjadi usahawan agaknya mereka semakin sibuk.
Sejarah penubuhan kampung GDW. Saya selaku pengerak kepada kampung kampung GDW pada ketika itu telah mencadangkan kampung GDW yang pertama adalah Kg. Marampong 1996. Kampung kedua yang telah saya cadangkan sebagai kampung GDW adalah kampung Bayangan 1997 . Kampung ketiga adalah kampung Kota Ayangan 1998. Masyarakat di ketiga-tiga kampung ini sangat aktif menjalankan aktiviti.
Antara faktor utama kejayaan ketiga-tiga kampung ini adala pengurusan tadbir JKKK dan kemuafakatan masyarakat kampung itu sendiri.
No comments:
Post a Comment