Friday, 31 October 2014
Perilaku Kita Mencerminkan Fikiran Negatif Kita
1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga 6. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dibandingkan diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju daripada kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Kita mahu orang lain menghormati kita, tetapi sukar sekali untuk kita menghormati pendapat orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment