12hb ogos 2016 tarikh ini takkan terlupa dek ingatan, pemergian seorang sahabat dalam jabatan amat mengejutkan. Dia pergi buat selamanya meninggalkan alam fana ini.
Tarikh akhir kami berbual melalui whatsap 25hb Julai aku ingin mengundangnya bersama keluarganya ke majlis rumah terbuka raya dikediaman kami dikampung yang akan berlangsung pada 31hb Julai, ketika itu dia memberi tahu dia kurang sehat, badan sering terasa sejuk dan panas. Telah melakukan rawatan kekelinik sawasa dan hospital namun doktor memberitahunya semuanya baik-baik saja. Doktor gagal mengesan penyakitnya.
Setelah dia meninggal baharulah diketahui rupanya dia terkena jangkitan virus kencing tikus. Kehilangannya amat dirasai oleh sahabat handai sikap ramah dan sentiasa menceriakan suasana setiap kali dlm perbincangan kini tidak lagi semeriah dulu. Damailah engkau dialam sana wahai sahabat. Kami yang tinggal pasti akan menyusul saatnya tidak pasti bila.
No comments:
Post a Comment