Friday, 25 October 2019

HABIS MADU SEPAH DIBUANG

Ramai di kalangan pemimpin BN telah berpatah arah sebaik kekalahan kerajaan BN, bila mereka kehilangan jawatan, seperti cacing kepanasan, mereka mencari tempat berpaut menyambung talian hayat, mereka inilah yang dulunya sering melaung-laungkan tentang kesetiaan dalam perjuangan, namun mereka jugalah yang terlebih awal melangkah kaki meninggalkan parti keramat melayu ini. 

Manis pada kata-kata rupanya palsu belaka. Amat sedih bukan setakat meninggalkan parti malah mereka juga siap mengeji, menghentam kerajaan dahulu,  begitu pantas mereka Melupakan tempat mereka melakar nama, Sumber mereka menimbunkan harta Kekayaan sehingga ada dikalangannya bergelar jutawan. Nampak begitu rapuh sekali pendirian. 

inilah sikap sesetengah pemimpin Melayu Mudah Lupa. Mereka layak dianugerahkan sebagai penghianat parti. 

Benarlah kata-kata Dato Zahid Hamidi mereka ini seperti semut bila ada gula mereka datang, habis Gula mereka pergi.

Aku ini hanyalah sekadar rakyat marhaen namun masih setia sejak dulu kini dan selamanya 😍Aku benci penghianat. 

 

No comments:

Post a Comment