Sebahagian koleksi mawar ku dihalaman. Melihatnya menyumbang rasa bahagia.
Berkali-kali aku gagal memanjangkan hayat setiap pohon-pohon mawar ini, pelbagai masalah yang menimpa buat hati rasa kecewa dan hampir berputus asa. Namun bila melihat ia masih mengeluarkan kuntum-kuntumnya yang cantik walau tidak lagi sesegar dulu aku berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan.
Setelah buat kajian aku dapati ada beberapa kesilapan.
1. Tanahnya aku letak sabut, tidak elok sama sekali untuk Pokok kerana ia memerap air dan menyebabkan berlaku pereputan akar
2. Daun-daun asyik diserang serangga. Tiada pencegahan dan beberapa perkara lagi.
Alhamdulillah setelah mengetahui teknik yang betul, kini mawar ku kembali segar tumbuh subur dan mulai mengeluarkan kuntum-kuntum anggun.
No comments:
Post a Comment