Pasu sekecil ini harganya RM68.00 tak kisahlah janji aku suka ianya ringan dan nampak klasik. Anak pokok kemboja ini berbulan-bulan benih, kini baru aku pindahkan ke pasu ini.
Ternyata kian sukses aku menanam setakat ini tanpa gagal Alhamdulillah. Confirm tangan sejuk 😅😅
Mula bertunas setelah dipangkas untuk tujuan penggalakkan pertumbuhan daun baru dan berbunga lebat.
Nampak makin subur setelah penukaran tanah, penyemburan racun serangga, racun kulat dan pembajaan.
Bunga Kemboja sinonim dengan bunga kuburan, kebiasaannya masyarakat kita apa bila ada orang yang meninggal dunia bunga komboja jadi pilihan untuk ditanam di tepi kubur. Aku kadang berfikir mengapa bunga ini?, sedangkan banyak bunga yang lain.
Mungkin juga kerana bunganya cantik pelbagai warna berbau harum dan mudah tumbuh. Tidak perlu penjagaan yang terlalu rapi seperti pohon-pohon bunga yang lain.
Nah kerana kecantikan bunga kemboja ini aku turut menanamnya untuk hiasan halaman. Sekarang ada 31 pasu semuanya dan akan di tambah dari masa ke Semasa. Kemboja yang aku tanam ini bukan spesies kemboja kuburan tapi kemboja China. 🤣🤣🤣
No comments:
Post a Comment