Minat mendalam pada bunga orkid tiba-tiba datang bagai guntur membadai langit. Bagai gempa membelah bumi. Demikianlah perumpamaannya.😊
Gambar orkid dibawah yang cantik-cantik ini buat mata tak lelap dengan aman, hati pula melayang-layang memasang impian. Pesona bunga ini tiada yang menafikan ia antara terapi semulajadi terbaik.
Gambar orkid diatas adalah milik rakan dari kundasang, saja letak untuk motivasi diri sendiri yang baru belajar teknik penanaman dan penjagaan.Gambar orkid dibawah ini milik penulis
Daun-daun kian segar dan hijau
Sebenarnya Pokok-pokok orkid yang hanya beberapa pasu ini sudah lama wujud dihalaman namun agak terbiar menyebabkan ia jarang berbunga kerana diserang serangga perosak dengan begitu teruk tidak terfikir untuk merawatnya kerana lebih fokus kepada penanaman pokok bunga kertas. Ketidakmahiran tentang penjagaan pokok ini juga menyumbang tidak kisah sehingga riwayatnya hampir pupus bak kata pepata hidup segan mati tak mahu.
Kerana pesona bunga-bunga ini menggamit minat mendalam yang mendorong saya berusaha mencari info dimedia-media tentang teknik penanaman dan penjagaan. Syukur Alhamdulillah banyak membantu.
Dengan ruang yang ada pohon-pohon orkid ini saya rawat dengan penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan seperti dibawah ini ternyata bembuahkan hasil.
Bahan-bahan yang di syorkan :
1. Racun Kulat
2. Racun serangga
3. Baja orked cair
baja apa saja pun boleh tepulang kepada individu😁Asalkan jangan terlebih.
Setelah seminggu dirawat sungguh diluar jangkaan salah satu pokok orkid yang sudah lama tidak berbunga ini mengeluarkan bunga yang sungguh cantik. MasyahAllah amazing😍😍
Hari demi hari berlalu daun-daun segar menghijau tak sia-sia saya belajar dengan tekun. Bukan susah pun asalkan rajin😁 segala teknik yang di nyatakan di praktikkan sungguh-sungguh tanpa gagal dan akhirnya ini yang berlaku😅😅😅
dalam proses penyiapan pondok orkid ditepi rumah. Berkorban bajet demi impian menjadi realiti. Hikmah covid - 19 dan pkp/pkpb. TUHAN tidak menurunkan dugaan tanpa hikmah yang terbaik buat manusia. Justeru bersyukur dengan apa adanya.
Demikianlah serba ringkas kisah tercetusnya minat secara serius aku dan bunga orkid. 💐.
No comments:
Post a Comment