Kini Datuk DR. Jefrey Datuk Kitingan Wakil Rakyat N. 33 BINGKOR yang baru dalam Kawasan Parlimen 180 Keningau. ( Parti STAR Pembangkang) |
Kekalahan BN di Dun ini telah dijangka awal berdasarkan isu-isu yang di bangkitkan berkenaan calon UPKO muka baru yang tidak dipersetujui sebilangan rakyat Bingkor. Berbagai isu berat ditimbulkan dan ini memungkinkan menyumbang kepada kekalahan atau ada isu lain yang tidak diketahui umum.
Rakyat bingkor sendiri begitu lantang ingin menukar calon pada PRU 13 ini, malah mahu calon dari golongan muda di tampilkan. Mereka juga mahu calon lama penyandang Datuk Justin Guka diganti yang dilihat tidak berfungsi dan tidak bersungguh-sungguh membangunkan Dun Bingkor, nampak ketara kawasan Bingkor pembangunan agak perlahan berbanding kawasan Liawan dan Tambunan. Inilah antara faktor utama menjadi isu kenapa wakil rakyat ini harus diganti' rakyat perlukan perubahan, itulah harapan rakyat Bingkor.
Akhirnya pertukaran calon telah berlaku sudah tentu rakyat bingkor bersorak gembira namun malangnya calon yang di tampilkan masih tidak memuaskan hati mereka, meskipun bantahan telah dibuat akan tetapi keputusan pucuk pimpinan UPKO pusat telah di muktamadkan. Mana mungkin proses pengantian bisa berlaku disaat akhir sudah tentu banyak lagi perkara yang harus dibuat sedangkan pilihan raya sudah bermula.
" KERANA MARAHKAN NYAMUK HABIS KELAMBU DIBAKAR " Kekecewaan atas faktor calon tidak disukai itu telah di zahirkan melalui undi yang akhirnya kerusi BN Dun Bingkor bertukar milik kepada pembangkang ( Parti STAR ). Namun apakah keputusan itu mengundang tuah buat rakyat Bingkor? Apakah memilih parti pembangkang kawasan Bingkor akan lebih cemerlang ? mampukah Dr, Jefrey merubah wajah Bingkor yang masih dahagakan pembangunan? Kita sama-sama tunggu dan lihat dan menanti slogan-slogan Datuk jefrey menjadi kenyataan.. Apakah ianya menjadi realiti atau hanya sekadar teori " INI KALI LAH "
Keputusan Pilihan Raya N.33 BINGKOR PRU 13:
1. RICKY @ ROLAND SEDOMON - BEBAS 111 UNDI
2. AHMAD SHAH TAMBAKAU - PKR 2, 368
3. KENNEDY JOHN ANGIAN - BN 4, 894
4. DATUK DR. JEFFREY KITINGAN - STAR 5,350
MAJORITI- 456
No comments:
Post a Comment