Thursday, 9 May 2013
Rakyat DUN Liawan harap YB DATUK SAIRIN KARNO diberi peluang menteri penuh
KENINGAU: Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan khususnya penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan ini meminta supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno diberi peluang menjadi menteri penuh dalam barisan Kabinet Negeri yang akan dibentuk dalam sehari dua ini.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Rakmadin Mohd. Yassin berkata, Sairin yang memenangi kawasan DUN Liawan bagi penggal ketiga wajar diberi peluang dalam barisan Kabinet Negeri Sabah atau menteri penuh bagi menghargai perjuangannya begitu konsisten dalam BN.
Katanya, rekod pencapaiannya dalam tiga pilihan raya di kawasan ini menunjukkan peningkatan dari segi pertambahan undi yang diperolehi.
“Walaupun majoriti dilihat menurun tetapi pertambahan undi yang diperolehi semakin meningkat di mana pada Pilihan Raya Umum (PRU11) 2004, Sairin memperoleh 4,709 dengan majoriti 3,305 dengan peratusan turun mengundi 63 peratus. Pada PRU 12 (2008) beliau memperoleh undi 4,661 dengan majoriti 2,044 undi dengan peratusan 71 peratus dan pada PRU 13 (2013) beliau mendapat 5,383 undi dengan majoriti 1,752 dengan peratusan turun mengundi 81 peratus,” katanya kepada media di sini kelmarin.
Rakmadin berkata, pada PRU11, Sairin hanya memegang jawatan Pengerusi salah satu agensi kerajaan dan pada PRU12 beliau dilantik menjadi Pembantu Menteri. “Kalau mengikut urutan maka layaklah pada penggal ketiga ini Sairin diberi peluang memegang jawatan Menteri Penuh,” jelas Rakmadin.
Sementara itu, Ketua Bahagian parti Gerakan Bahagian Keningau Clarence Lee berkata, Sairin wajar diberi peluang memegang jawatan Menteri Penuh berdasarkan pengalamannya semasa memegang jawatan Pembantun Menteri dan beberapa jawatan yang dipegang sebelum ini seperti Pengarah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan sebagainya.
Justeru itu katanya, tiada masalah bagi Sairin memegang jawatan Menteri Penuh jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan BN Negeri.
Empat lagi Pengerusi JKKK terdiri dari Kennedy Bukat (Kg. Lingkudau) Julius Intai (Kg. Motou), Jhony Liew (Kg. Masak) dan Lazarus Lajiun (Kg. Gaulan) senada menyuarakan pandangan dan sokongan kepada Sairin supaya dilantik Mneteri Penuh.Kata mereka, pemilihan Sairin sebagai Menteri Penuh dinanti-nantikan oleh penyokong BN kerana bagi penggal kedua yang lalu beliau hanya dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar sahaja.“Jika beliau (Sairin) dilantik Menteri Penuh sekurang-kurangnya ia menjadi sandaran bagi rakyat di kawasan ini untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat di sini, selain bertanggungjawab dalam pembangunan di Sabah secara keseluruhannya,” kata Kennedy.
Bagi Ketua Kampung Masak Eson Aris, pemilihan Sairin sebagai Menteri Penuh sudah lama dinanti-nantikan oleh rakyat di kawasan ini sejak ia menjadi Adun.“Justeru itu tidak salah kalau Sairin diberi peluang untuk memegang jawatan Menteri Penuh di mana-mana Kementerian yang difikirkan sesuai oleh pucuk pimpinan BN,” katanya.Beliau berkata, rakyat di kawasan ini amat mengharapkan agar Sairin diberi peluang memegang jawatan Menteri Penuh.
Harapan rakyat tidak menjadi kenyataan, akhirnya hanya dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian Negeri Sabah. Terimalah dengan hati terbuka hanya itulah rezki belajar bersyukur daripada tiada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment