Kebanyakan peniaga ini warga Indon dan Pilak |
Bandar Keningau |
Suasana Pasar Malam Keningau |
Keningau bandar PILAK dan INDON kata-kata sinis ini sering menjadi bahan perbualan sesetengah masyarakat tempatan daerah keningau. Bila melihat bandar keningau hari ini telah jauh berubah berbanding tahun 70han 80han dan 90han. Hari ini saya sebagai anak jati tempatan daerah keningau sangat berbangga dengan pencapaian ini, semua kemudahan ada, hanya laut yang tiada.
Pembangunan begitu drastik berlaku sehingga tidak dapat dibendung, antara faktornya banyak sumber pekerjaan yang mengundang pendatang asing berduyun-duyun ke daerah ini menjadi tenaga pekerja, bukan saja dalam bidang binaan tetapi di sektor perladangan sebagai tenaga buru. Warga pilipina, Indon dilihat paling ramai mana kala warga pakistan jumlahnya agak sedikit tetapi nampak pertambahan bilangannya dari masa kesemasa, terdapat juga warga cina tetapi amat sedikit bilangannya.
Kebanjiran pendatang ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang agak baik di daerah ini namun dari sudut sosial banyak perkara meresahkan rakyat tempatan. Pertambahan bilangan mereka dari masa kesemasa sangat ketara, ini dilihat bila waktu-waktu hujung minggu, bandar keningau ini bertukar wajah persis berada di bandar indon atau bandar pilipin.
disamping mereka bekerja dalam pelbagai bidang, mereka juga bijak menggunakan peluang yang ada, ada dikalangan mereka, menggambil kesempatan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, bukan saja di kaki-kaki lima kedai, malah mereka juga berniaga di pasar-pasar malam, pasar awan secara terbuka tanpa permit yang sah. Penjualan rokok seludup tanpa larangan begitu berleluasa dibiarkan pihak berwajib begitu saja.
Ekoran daripada keadaan ini timbullah rungutan dikalangan sesetengah para peniaga tempatan terhadap peniaga pendatang ini, yang mana mereka dilihat mendapat keistimewaan kerana berniaga di permis-permis awam yang sepatutnya hanya mengutamakan warga tempatan sahaja. Hal ini mendorong saya melakukan siasatan berdasarkan isu-isu yang ditimbulkan.
Saya mendapat sumber dari beberapa orang peniaga pendatang bahawa tapak yang mereka gunakan untuk menjalankan perniagaan adalah milik orang tempatan yang disewakan kepada mereka.
Kadar sewaan antara lima ringgit hingga ke sepuluh ringgit sehari, jadi kiralah dalam sebulan pemilik ini mendapat sewa sebanyak seratus lima puluh ringgit atau lebih dari itu. Sudah tentulah si pemilik tapak ini hanya goyang kaki tanpa bersusah payah mengeluarkan keringat mendapat duit secara percuma dari penyewa. Pelbagai cerita yang kurang enak saya dengar, entahlah susah juga bercakap secara terbuka kerana ini melibatkan kakitangan agensi yang berkenaan.
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, adalah lebih baik pihak yang berkenaan melakukan pemantauan agar mana-mana individu yang terlibat menyewakan permis kepada pendatang ini batalkan saja tapak yang mereka miliki dan memberikan kepada warga tempatan yang benar-benar memerlukan. Adalah satu ketidakadilan kepada masyarakat tempatan yang berulang kali membuat permohonan tetapi tidak di luluskan kerana demi satu imbuhan.
Keningauku kini bila dilihat sudah bertukar wajah, sudah seperti daerah Tawau, Sandakan, Semporna, Lahad Datu, warga asing kini lebih ramai jadi penghuni kelihatannya sudah menenggelamkan warga tempatan itu sendiri.
Kita mungkin berbangga dengan pembangunan yang kian maju namun kini kita terpaksa bersaing merebut peluang kerana warga asing ini dulunya berstatus PATI namun kini mereka juga sudah setaraf dengan warga tempatan memiliki ic yang sah, semua ini berpunca daripada segelintir warga tempatan yang sangup jadi penghianat kepada bangsa sendiri memberi ruang kepada bangsa asing ini terus bertapak ditanah sendiri. Demi wang sangup mengadai maruah.
Alangkah sedihnya jika suatu masa dan tidak mustahil akhirnya kita menjadi pelarian dibumi sendiri. Mungkin bukan pada zaman kita tetapi pada jenerasi kita. Maka terbuktilah kebenaran apa yang terkandung dalam sebuah lagu " ANAK KECIL MAIN API "
No comments:
Post a Comment