Thursday, 18 December 2014

BUAT YANG TERBAIK SELAGI HAYAT MASIH ADA

Tahniah Zul
Alhamdulillah tanggal 7 Disember 2014 majlis konvokesyen anakku telah berlangsung bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UNIZA) setelah tiga tahun menghabiskan seisi pengajian dalam bidang sejarah dan tamadun islam. Tarikh ini terlakar satu sejarah buat seorang anak bergelar siswa. Fasa demi fasa menjalani ranjau kehidupan bergelar pelajar saat bermula daripada sekolah Tabika, sekolah rendah, menengah seterusnya ke Universiti, waktu-waktu yang dilewati sudah tentu banyak dugaan  namun andai tiada kecekalan pastinya impian tidak akan tercapai.

Selepas menghabiskan fasa ini, kini meneruskan pengajian selama tiga tahun lagi dalam bidang sarjana muda sains sosial dan dakwah, usaha harus di teruskan kerana perjuangan belum ternokta anakku semoga dapat berbakti kepada agama bangsa dan negara, anda adalah harapan negara, kalian adalah anak-anak bangsa yang bakal mencorak kepimpinan negara pada masa mendatang Insyahallah.

Kegembiraan jelas terlihat pada riak wajahnya pada hari bersejarah ini. Aku juga turut gembira kerana dapat hadir pada majlis kali ini. majlis konvokesyen dua orang kakaknya yang lalu aku tidak berkesempatan hadir lantaran kesibukan dalam menjalankan tugas.

Doa seorang UMI tidak bernokta sehingga terhentinya nafas dari jasad  " BUAT YANG TERBAIK SELAGI HAYAT MASIH ADA ". Tahniah

No comments:

Post a Comment