Antara buku Antalogi yang di lancarkan hasil karya penulis tempatan |
Oleh kerana majlis kali ini akan di langsungkan di daerah sendiri kali ini terpaksa saya mengalah dan memenuhi undangannya. Ini kali pertama saya menghadiri majlis seumpama ini sejak sekian lama, kerana sudah bertahun lamanya saya tidak bersama dalam majlis-majlis sebegini lantaran kesibukan tugasan kerja.
Beberapa penulis hadir bersama dalam majlis ini dan berkesempatan berkenalan dengan mereka. Tetamu undangan agak ramai juga yang hadir dari sekiar daerah keningau selainnya dari luar daerah.
Sofe Clara sahabat saya sejak remaja lagi kami bersama dalam persatuan Bahasa cawangan Keningau satu masa dulu sekitar lewat tahun 80han yang mana ketua persatuan kami ketika itu ialah Pn. Siti Rahmah Hj Ibrahim. Saat itu agak rajin menulis karya terutama sajak dan puisi sesekali menghias didada akbar tempatan dan majalah. Adalah juga beberapa kali menghantar berupa artikel dan puisi di majalah jabatan, selepas itu tidak pernah lagi menulis walau keinginan masih berbunga-bunga. Namun persatuan kami itu akhirnya tenggelam begitu saja setelah ketiadaan kak siti Rahmah kerana berpindah tugas ke kota kinabalu.
Saya pula tidak lagi mengikuti mana-mana persatuan yang berkaitan dengan persatuan sebegini, maklumlah saya agak sibuk dalam pelbagai hal, namun manalah tahu selepas menghadiri majlis ini atas dorongan dan sedikit motivasi dalam ucapan puan pengarah DBP akan hadir lagi minat untuk berkarya semula. huhu ..
Untuk menulis karya kreatif ini sebenarnya bukanlah susah sangat pun, yang penting ada minat dan kesungguhan untuk menghasilkan karya serta rajin mentelaa merujuk mana-mana hasil tulisan daripada mereka yang telah menghasilkan karya-karya yang canggih-manggih, minat boleh dipupuk, setelah ada minat bakat akan datang dengan sendirinya...kata orang yang pakar dalam berkarya. kalau malas habuk pun tarak.
No comments:
Post a Comment