kenangkanlah dosa-dosa yang lalu dan mohon ampun kepada TUHAN, kerana TUHAN tidak melupakannya. Awas! jangan membuat dosa dimasa depan. Kerana diwaktu ini kita hampir kepada TUHAN makin bersih daripada dosa.
Jagalah masa yang tinggal sedikit isilah dengan perkara-perkara yang berfaedah tanda kita menyesal dengan masa yang sudah. Ingatlah TUHAN setiap waktu kerana kematian kita tidak tahu jika tiba kematian, kita tidak lupa dengan TUHAN.
Jangan menzalimi manusia kerana penzaliman didunia lagi di balas oleh Tuhan apatah lagi di akhirat, memang tak lepas daripada hukuman.
Buatlah pelbagai bentuk kebaikan sekali pun kecil kerana ia lebih ikhlas. Selalunya kita lupakankan kerana amal kebaikan disuruh lupakan. Tapi amal kesejahteraan kenalah kita ingatkan agar kita menyesal dan bertaubatlah.
Siap siagalah selalu berhadapan dengan kematian kerana kematian itu bila-bila masa boleh berlaku dan kedatangan mati tidak pilih umur. Janganlah kita berangan-angan untuk panjang umur.
Kridet:mfrstudio.
Sumber ig.
No comments:
Post a Comment