Sunday, 6 December 2020

KEKTUS

Pertumbuhan yang sihat segar cukup penjagaan. 

Bunga kektus antara pilihan menghias halaman terkini dan masih terus menambah bilangan koleksi yang sedia ada. Keunikan tumbuhan ini menggamit minat untuk mencuba menanamnya sebagai hobi juga munguji nasib apa kah saya berjaya atau sebaliknya.

Ramai pencinta bunga kektus menyatakan kekecewaan mereka memelihara spesies bunga ini kerana agak cerewet penjagaannya sebaik dibeli bunga ini mati, layu, reput dan sebagainya menjadikan mereka berputus asa. Rasa saya agak menggerunkan kenyataan tersebut namun saya tetap mencuba nasib mana tahu saya berjaya😅. Belum Cuba belum tahu. Yeaaaa

Persediaan yang telah saya lakukan adalah seperti sebelum ini, bunga-bunga yang saya tanam itu saya buat kajian terlebih dahulu dalam segala sudut. Tips teknik penanaman dan penjagaan amat penting jika ingin memanjangkan hayat tanaman kita. 

Apalah maknanya kita memiliki sesuatu yang kita suka tetapi kita abaikan keperluannya. Chee wahhh. 


No comments:

Post a Comment