Bunga Tanglong mekar dilaman.
Pertama kali melihat bunganya sejak saya lahir ke dunia ini. Pokoknya sudah lama dibeli dari tamu tapi saya biarkan begitu saja tak terpeduli. Pokok dan daunnya nampak biasa-biasa saja tidak menarik untuk di perhatikan. Kadang layu kerana tak tersiram.
Suatu hari kerana tiada aktiviti pada hari berkenaan saya ambil kesempatan memindahkan pokok tersebut ke pasu yang sederhana besar, setelah di pindahkan pantas pohonnya mula meninggi dan kudupnya mulai kelihatan, beberapa hari kemudian ia mekar SubhanAllah bukan saja cantik tapi unik seperti Tanglong.
Tapi sayang mekar bunganya tak lama. Yelah hidup ini pun tak kekal selamanya. Tuhan berikan nikmat yang banyak pun ramai manusia tak bersyukur, ini kan yang sedikit.
No comments:
Post a Comment