Monday, 9 January 2012

Negara Jadi Ribut gara-gara Amalina buka Tudung

Amalina Bakri
Negara jadi ribut gara-gara Amalina buka tudung, apa bila gambar yang tersiar dalam laman sosial FB miliknya telah menimbulkan pelbagai kontroversi sumber dari pelbagai blogger, saya juga tidak terkecuali mengikuti tentangnya, dari apa yang saya baca warga malaysia terutamanya melontar pelbagai kritikan tamda tidak berpuas hati, ada yang negatif dan tidak kurang yang positif. Dek kerana gambarnya yang tidak bertundung lontaran kata nista, makian, cacian terhadapnya turut di babitkan keluarganya.

Sikap warga malaysia yang terlalu prihatin agaknya memungkinkan keadaan ini berlaku, namun kata-kata yang kurang manis ini memperlihat sikap warga kita sebagai tidak bersopan, keterlaluan, kasar dan boleh mengundang kepada kebencian. Siapalah kita semudahnya menghukum orang lain kemana arah tuju hidup kita sesudah mati, ke Neraka kah ? atau ke Syurga kah ?, semua itu adalah ketentuan ILAHI, diri kita sendiri tidak pasti apakah kita tergolong umat pilihan menghuni syurga ALLAH. Sewajarnya kita mendoakan yang terbaik buat Amalina semoga kekal beriman dan sentiasa terhindar dari segala perkara yang tidak diingini. Bukan sewenang mengaib atau menghukum seolah-olah diri kita terlalu sempurna.

Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk kita perhatikan, gejala sosial anak-anak remaja yang kian meruncing berlaku di negara ini, tidak terbendung, buang anak terutamanya semakin menjadi-jadi. Perkara itu lebih tidak bertamadun, sifat murni kian terhakis elok kita sama-sama fikirkan perkara ini serta turut membantu mencari penyelesaian bukan asyik menjaga tepi kain orang, kain sendiri terlebih koyak tidak berjahit.

No comments:

Post a Comment