Thursday, 26 January 2012

Bahana Mercun dan Bunga Api

KOTA KINABALU: -Kegembiraan sebuah keluarga yang menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina di Luyang baru-baru ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terkena letupan bunga api pada mukanya.

KELUARGA mangsa tidak mampu menahan sebak melihat keadaan
mangsa yang cedera teruk pada bahagian muka selepas terkena letupan
bunga api. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa
seorang penjual kuih yang dikenali sebagai By Shaow Yong, 26, meninggal
dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada bahagian muka
dan kepalanya. Difahamkan sebelum kejadian pada ambang Tahun Baharu
Cina itu, mangsa bersama ahli keluarganya sedang bermain bunga api
dan dia dipercayai telah menghidupkan dua bunga api secara serentak.
Salah satu daripada bunga api terbabit dikatakan terbang tinggi ke udara
dan meletup seperti biasa, bagaimanapun satu lagi gagal berfungsi
menyebabkanmangsa yang hairan pergi memeriksanya.

Sejurus selepas mangsa tiba di tempat ‘pelancaran’ bunga api berkenaan,
tiba-tiba ianya meletup di depan muka mangsa menyebabkan mangsa
terus rebah dan tidak sedarkan diri.Letupan itu juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di muka dan kepala, dan dia dipercayai
meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, mangsa baru berkahwin
pada Disember lepas dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi
Zakaria ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan berkata
pihaknya masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia  akibat
kecederaan serius selepas bunga api terbabit meletup di berhampiran
mukanya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak
bermain mercun mahupun bunga api kerana ianya boleh menyebabkan
kemalangan yang tidak diingini berlaku. “Mercun atau bunga api ini
bukan sahaja bahan terlarang tetapi juga boleh menyebabkan kecederaan
ataupun kematian.

No comments:

Post a Comment