Tuesday, 17 January 2012
Penumpang Malam
gambar hiasan
Cerita ini benar berlaku namun nama sebenar orang yang menceritakan kejadian ini dirahsiakan-
Kejadian ini berlaku pada bulan oktober tahun 2011, ketika itu S dalam perjalanan balik daripada Kota Kinabalu ke daerah keningau melalui jalan Kimanis. S menaiki sebuah teksi sewa, waktu telah melewati malam lebih kurang jam 1 pagi, ketika S dan pemandu teksi itu melewati kawasan bouukit menghampiri perkampungan Beriawa Keningau, tiba-tiba mereka terhidu bau yang sangat busuk, S dan pemandu teksi itu berpandangan dan mencari-cari dari mana datangnya bau itu, ketika S cuba menoleh bahagian belakang tempat duduk, dia sangat terkejut kerana ada seorang wanita sedang duduk di situ.
S bertanya pada pemandu itu siapakah wanita yang duduk dibelakang itu? pemandu itu kehairanan, katanya hanya kita berdua dalam kereta ini. Lalu pemandu teksi itu cuba menoleh kebelakang, memang benar apa yang dikata oleh S, seorang wanita berada disitu, bau itu pula semakin menusuk hidung, mereka terpaksa membuka sedikit cermin kereta untuk meredakan bau yang semakin menganggu, wanita itu pula langsung tidak berkata apa-apa hanya tunduk tanpa mengangkat mukanya. Pemandu teksi itu berkata-kata, dia minta pada wanita itu agar pergi dengan baik namun wanita itu tetap membisu dan masih terus duduk disitu. Lebih kurang 15 minit kemudian bau yang sangat busuk itu hilang dan wanita itu juga sudah tiada di tempat duduk itu.
Kata S muka wanita itu tidak kelihatan kerana dilindungi rambutnya yang panjang.
-berhati-hati dengan penumpang malam kerana memungkinkan anda hilang arah sewaktu memandu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment