Tuesday, 3 January 2012

MISTERI TAJAU HITAM TERUNGKAI

sekadar gambar hiasan
Ini merupakan kisah benar, berlaku sekitar tahun2004.( Abang saya dan seorang rakannya telah ke daerah Pensiangan atas urusan mencai tajau-tajau lama. Setelah mereka mendapat tajau tersebut mereka pulang dengan membawa dua biji tajau lama berwarna hitam. Menurut abang saya dia membeli tajau itu daripada rakan lamanya di salah sebuah kampung di daerah tersebut.  Abang saya dan rakannya sangat berkenan dengan tajau itu kerana ia nampak klasik mungkin menjangkau retusan tahun. Kedua biji tajau itu abang saya letakkan di sebuah pondok berhampiran rumah kediamannya.

Ketika waktu magrib menjelang, tiba-tiba arwah ibu telah melihat kepulan asap berwarna putih keluar dari pondok di mana abang saya  meletakkan tajau itu, fikirnya ada sesuatu yang sedang terbakar di dalam spondok itu. Ibu segera memberitahu abang saya tentang asap di pondok itu,  abang saya terus ke pondok untuk melihat apa yang sedang berlaku. Namun abang saya tidak melihat apa-apa seperti yang  dilihat oleh arwah ibu. Pada hari yang sama menjelang malam, samalaman rakan abang saya,  katanya tidak dapat melelapkan mata seolah-olah ada mahluk sedang memerhatinya . Pada keesokan harinya, ketika menjelang petang, tiba-tiba isteri abang saya telah  dirasuk, dia bercakap dalam bahasa yang tidak difahami, dia juga telah bermimpi di datangi oleh seorang wanita, dalam mimpinya wanita itu marah kerana rumahnya telah diganggu dan dia minta agar rumahnya di kembalikan ketempat asal.

Sejak adanya tajau itu, setiap kali waktu malam tiba, mereka sering terdengar pelbagai bunyi pelik dan kekadang mereka melihat kepulan asap menyerupai seorang wanita keluar dari pondok berhampiran rumah itu . Pada ketika itu arwah bapa masih ada, menurutnya memang benar semua yang berlaku berpunca dari tajau hitam itu.  Arwah bapa telah melakukan sesuatu untuk menghalau mahluk halus dari tajau tersebut.

Abang saya juga telah membuat siasatan perihal tajau berkenaan dan menurut  rakannya tajau itu bekas mayat moyangnya di semadikan. Dia telah membuang tulang-tulang moyangnya daripada tajau tersebut tanpa di semadikan semula. Setelah Abang saya mengetahui kisah tajau itu, dia telah mengembalikan semula tajau itu kepada rakannya dan Sejak itu tiada lagi gangguan berlaku.

No comments:

Post a Comment