Tuesday, 4 September 2012

Informasikerjaya.com. KEMAS

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( TASKA ) KEMAS 2012

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TASKA)
KEMAS TAHUN 2012
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus
Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA) KEMAS Tahun 2012
1. SYARAT DAN KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
1.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
1.3 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada
calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); atau
(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
(c) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)
.
2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
2.2 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada
perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
3. TARIKH PELANTIKAN
3.1 Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TASKA) Gred S27
kontrak
3.2 Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa Januari 2013 atau tertakluk
kepada perubahan
4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
4.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang
dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
4.3 Borang ini juga boleh didapati di :
(a) Laman web www.kemas.gov.my ; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu
Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS Negeri .

Untuk Kemudahan Hantar borang yang telah siap di isi ke Pejabat Kemas Daerah- masing-masing.
Tarikh Tutup 17hb September 2012
 

No comments:

Post a Comment