Saturday, 15 September 2012

MENYUSURI KE TERATAK ROGER LONDON

suasana majlis walaupun agak sederhana namun meriah, pohonan getah mendamai pandangan
kaum kerabat dari keluarga pengantin lelaki berasal dari kota belud


Kelihatan tajau berisi minuman tradisi




Selepas majlis persidangan UMNO bahagian Keningau, terus saja bergegas ke kampung Bamban Kemabong Tenom menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat saya En. Roger London. Majlis ini walaupun agak sederhana namun tetap meriah, sungguh damai pohon-pohon getah menghijau disekitar. Kedudukan kampung ini agak jauh dari pekan Tenom lebih kurang 18 km. Namun prasarana semua ada.

Sahabat saya ini beragama kristian SIB, suku murut, berkali-kali menghantar Mesej agar datang ke majlis perkahwinan anaknya, sebagai sahabat saya tidak menghampakan undangannya, pesannya tidak perlu risau kerana jamuan untuk tetamu beragama islam disediakan yang telah dimasak oleh keluarga mereka beragama islam.

Perbezaan anutan agama bukan satu halangan dalam hubungan persahabatan.
Lazimnya di pedalaman ini konsep 1 malaysia telah menjadi amalan masyarakat sejak dahulu lagi.

Anak sahabat saya ini bertemu jodoh dengan pasangannya berbangsa dusun berasal daripada Kota Belud, semoga mereka ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat " selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.



No comments:

Post a Comment