Monday, 10 September 2012

Alahai YB jalan kampung kita masih grabel bila mau diturap orang kampung sudah marah?????

jalan utama menuju ke kampung halaman daripada bandar jarak lebih kurang 7 km kemudahan semua ada
namun jalan menuju ke kampung tempat kediaman  agak malang kerana belum pernah diturap sejak kerajaan berjaya lagi, penduduk disini 100% penyokong BN
rumpun bambu dibelakang rumah
sekitar kediaman, indahnya tinggal di kampung tanah milik sendiri
inilah teratak kediaman keluarga rumah kampung nun jauh dari kesesakan bandar
mesjid kembar
Mini dewan 
Inilah wajah kampung kami, status tanah milik sendiri, tanah kebun, alangkah damainya tinggal di kampung, namun masih ada kekurangan iaitu jalan raya yang sudah berlobang-lobang, belum pernah dibaiki sejak zaman kerajaan berjaya lagi. Kampung ini lebih kurang 7km menuju ke bandar. bila musim hujan jalan ini jadi becak dan licin, Entah dimana silapnya pemimpin kampung dan wakil rakyat telah berbuih mulut mohon peruntukan membaiki jalan menuju ke kampung tersebut, namun setakat ini belum ada kabar berita, walhal masyarakat kampung ini merupakan penyokong tegar kerajaan.

Suara-suara sumbang masyarakat di kampung ini sudah mulai kedengaran dan tidak berpuas hati, sampai bilakah mereka menunggu untuk menikmati kemudahan itu, ????
 Hanya baru-baru ini dikabarkan telah diluluskan peruntukan membaiki jalan ini dan akan dibaiki tidak lama lagi namun tidak pasti bilakah ia akan dimulakan??? alasan oleh pihak bertanggungjawab yang lepas, bahawa jalan kampung ini bukan laluan utama hanya jalan menuju ke kebun-kebun wajarkah alasan itu? apakah orang kampung tidak perlu menikmati jalan yang lebih baik hanya kerana jalan itu berstatus bukan laluan utama..

No comments:

Post a Comment