sumber-Borneo Digest
KENINGAU: Datuk Hj. Sairin Hj. Karno kekal sebagai calon pilihanraya BN(Umno) pada pilihanraya ke-13 ini, menurut sumber rapat daripada Kuala Lumpur.
Pengesahan tidak
rasmi ini dibuat oleh salah seorang pemimpin kanan UMNO Malaysia yang enggan
namanya dipetik. Ini bermakna
desas-desus beliau akan diganti seperti yang dicanangkan adalah tidak betul.
Umno Bahagian
Keningau turut mengesahkan bahawa satu keputusan mesyuarat telah dibuat untuk
mengekalkan Sairin sebagai calon BN(Umno) di kawasan N. 34 Liawan pada
pilihanraya yang akan datang.
Sumber bahagian
memberitahu, Ketua Pemuda, Pergerakan Wanita, Pergerakan Puteri dan
cawangan-cawangan parti itu telah mengemukakan sokongan, supaya Sairin
dikekalkan sebagai calon yang akan datang. apa pun kenyataan, hanya pucuk pimpinan yang menentukan.
No comments:
Post a Comment