Thursday, 2 January 2014

BIARLAH RAHSIA AZAM INI

.com/ 

" SELAMAT TAHUN BARU " demikianlah ucapan setiap kali menjelang tahun baru yang hanya diucap setahun sekali oleh seluruh masyarakat di mana-mana negara diseluruh dunia ini.. Kegembiraan jelas dilihat melalui acara disambut berdentuman disana-sini tak kisahlah apa cara sekali pun yang pasti kegembiraan meninggalkan tahun yang lalu dan menyambut pula tahun baru.

Setiap kali bertukar tahun baru, ramai di kalangan kita menanam azam baru yang pasti azam baru itu sudah tentu menginginkan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam. Namun sejauh mana azam itu dapat direalisasikan terpulanglah pada diri masing-masing.  Kita hanya mampu merencanakan dan berusaha namun Tuhan yang menentukan segalanya.

Tuhan mahu kita sebagai hambanya sentiasa memperbaiki tahap kehidupan agar kita dapat mengecapi nikmat hidup ini dengan lebih baik, namun bukanlah hanya sekadar duduk goyang kaki segala nikmat kehidupan itu akan datang bergolek, tetapi haruslah dengan memerah segala keringat yang ada, sebagaimana yang terkandung dalam surah Al Jumuah yang bermaksud:-

"  Setelah selesai kita mengerjakan solat maka bertebaranlah kita dimuka bumi ini untuk menjalani urusan masing-masing. dan mencari apa yang dihajati dari limpah kurniah ALLAH swt, ingatlah akan Allah banyak-banyak ( walau dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat ). Demikianlah yang Allah telah pesankan secara jelas melalui Al-Quran.

Azam ku pula biarlah rahsia hanya Allah yang tahu apa yang telah ku cita-citakan di tahun baru ini, tidak diucap melalui bibir tetapi dalam hati sentiasa di zikirkan Insyah-Allah moga ianya akan tercapai." SELAMAT TAHUN BARU 2014 ".

No comments:

Post a Comment