Sunday, 12 January 2014

WANITA PERLU TAHU FESYEN YANG SESUAI DI WAKTU MALAM

Menawan dengan gaun syifon daripada fabrik bercorak.





























HARUS ada perbezaan antara pakaian untuk ke majlis malam dan siang. Ini kerana kebanyakan orang tidak menghiraukan pakaian yang sesuai untuk ke sesuatu majlis. Mereka memakai apa sahaja yang dirasakan cantik.

Tidak bijak memilih pakaian untuk ke majlis malam akan membuatkan kita malu sendiri kerana bakal diberikan pandangan sinis dan jelingan tetamu lain. Tidak mungkin anda ke majlis malam dengan memakai kemeja, blaus, jaket atau baju kurung biasa. Nanti dikatakan orang, anda tidak tahu etika ke majlis.

Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk pulang ke rumah menukar pakaian namun tetamu lain tidak memahami masalah anda itu. Jadi jika anda telah mengetahui majlis yang akan dihadiri sebaik habis waktu bekerja, bawa pakaian yang hendak dipakai pada majlis malam itu.

Atau bawa baju lain yang boleh disuai padan atau kasut yang lebih cantik dan dihiasi dengan batu permata atau kristal. Kini terdapat banyak butik dan kedai yang menjual pakaian malam yang telah siap pada harga yang berpatutan. Pilih warna yang bersesuaian dengan anda namun jangan pilih warna kelam.

Pakaian untuk ke majlis malam lazimnya lebih bergaya daripada majlis di siang hari dengan warna-warna cerah dan terang seperti merah, biru dan sebagainya. Pakaian malam harus nampak lebih elegan, eksklusif dan bergaya. Dibuat daripada fabrik yang lembut beralun seperti syifon menjadikan anda tampak begitu menawan.

Gaun kembang, dres labuh atau singkat yang dihiasi dengan batu-batu permata atau manik yang berkilat dan berkilauan amat sesuai bagi digayakan ke majlis malam. Ia membuatkan anda nampak lebih berseri daripada biasa. Inilah yang membezakan di antara pakaian majlis malam dan siang kerana pakaian yang dihiasi permata berkilauan tidak dipakai di siang hari.

No comments:

Post a Comment