Sunday, 12 January 2014

SOLEKAN YANG SESUAI UNTUK WAKTU MALAM

Teknik solekan yang betul mampu membangkitkan seri wajah biarpun hanya mengenakan mekap tipis. Namun paling penting pemilihan alat solek yang boleh memberikan warna sesuai dengan kulit seterusnya membuatkan wanita kelihatan anggun dalam apa jua acara dihadiri.
Cara sapuan warna yang bersesuaian dengan mood sekeliling penting kerana wajah yang kusam boleh diserikan hanya dalam sekelip mata. Apa juga teknik solekan, ia pasti akan memberikan hasil yang cantik sekiranya dipadukan dengan sapuan warna menarik.

Baginya apa yang paling penting alat solek yang lembut kerana ia mudah dicalit pada wajah, memudahkan teknik sapuan selain mampu menutup pori kulit, sekali gus membuatkan wajah tampil mulus.
FotoWAJAH berseri selepas disolek.

Katanya, alat solek keluaran jenama berkenaan mempunyai pelbagai warna yang mampu diadun bersama pada wajah dan disapu rata, tanpa bertompok lantas menghasilkan wajah sempurna.

“Bagi teknik solekan malam, warna yang dipilih perlu lebih terang, bersesuaian dengan suasana gelap di waktu malam. Menggunakan solekan jenama ini juga tidak perlu mengambil masa lama, hanya lima minit sudah cukup untuk bersiap.

“Solekan waktu malam juga perlu lebih garang dan sesuai untuk digayakan ke majlis makan malam atau sekadar keluar berjalan-jalan,” katanya ketika menunjukkan demonstrasi menyolek menggunakan alat mekap Mary Kay di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurut Azalina, solekan boleh dimulakan dengan bedak asas yang disapu bermula dari bahagian atas wajah menggunakan berus supaya ia lebih rata dan kemas.

Kemudian, sapukan pembayang mata bermula dengan warna lembut terlebih dulu sebagai asas kemudian warna lebih gelap di penjuru mata, sekurang-kurangnya dua atau tiga warna bersesuaian untuk mendapat kesan lebih segar sebelum melukis garisan mata.

“Ini diikuti dengan penggunaan maskara yang dimulakan bersama primer supaya bulu mata lebih lentik, tidak gugur dan tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan primer sebelum maskara mampu menguatkan bulu mata,” katanya.

Pemakaian pelembap bibir sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir penting kerana ia dapat melembapkan kawasan bibir.

“Sebelum mengenakan gincu atau pengilat bibir, gariskan bentuk bibir dengan pensel bibir. Sekiranya seseorang itu makan atau minum hingga hilang warna gincu, sekurang-kurangnya masih ada lagi bentuk bibir.

“Bagi mereka yang berkulit cerah, cukup sekadar mengenakan pengilat bibir berwarna,” katanya.

Mereka yang sudah sedia berbulu kening lebat, boleh mengemaskannya menggunakan gel bulu kening dilengkapkan dengan penyikat supaya tidak berserabut.

Teknik solekan boleh diteruskan dengan menyapu pemerah pipi pada tulang pipi yang disapu selepas gincu bagi mengawal warna pada wajah supaya tidak berlebihan.

“Akhir sekali, sapukan bedak mineral di seluruh wajah bagi melembutkan warna pemerah pipi dan solekan tahan lebih lama dan cantik,” katanya.

No comments:

Post a Comment