Tuesday, 11 October 2011
Makan Jering berlebihan boleh rosakkan buah pinggang
Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.
Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.
“Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil ‘djengkolic acid’ dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment