Mengikut statistik Kementerian Kesihatan bagi tahun ini, kes barah payudara adalah 18.1 peratus berbanding kanser usus (12.3 peratus), paru-paru (10.2 peratus) nasofarinks (5.2 peratus) dan servik (4.6 peratus).
Berdasarkan bilangan penghidap barah payudara yang sudah dikenal pasti, 21 peratus adalah tahap pertama. Sejumlah 37 peratus adalah tahap kedua manakala bagi tahap terakhir iaitu tahap ketiga sebanyak 24 peratus dan tahap keempat 18 peratus.
Kesedaran wanita itu sendiri amat penting bagi mencegah penyakit berkenaan sedari awal dengan melakukan pemeriksaan setiap tahun terutama yang berusia lebih 40 tahun. Namun, wanita muda juga tidak terkecuali menghidapnya.
No comments:
Post a Comment