Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan menjadi pilihan ramai selebriti terkenal di seluruh dunia MANUSIA tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Dalam konteks kecantikan diri, masih ada segelintir wanita yang ingin mencari kesempurnaan dengan membuat `transformasi’ terhadap wajah mereka. Wajah bulat mahu ditukar menjadi bujur sirih; hidung kembang mahu dimancungkan dan kulit kedut pula ingin ditegangkan seperti anak dara. Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan Botox yang kini menjadi perbualan panas seantero negara. Botulinum Toxin Type A atau Botox terhasil daripada sejenis racun dikenali sebagai Clostridium Botulium. Ia dieksploitasi pakar kecantikan bagi menghilangkan kedutan dan tanda penuaan pada wajah manusia khususnya wanita. Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan sering dipakai ramai selebriti terkenal di seluruh dunia. Selepas diragui kandungan serta penggunaan bahan itu, akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, baru-baru ini mengumumkan bahawa suntikan Botox untuk tujuan kosmetik adalah haram di sisi agama Islam kerana ia mengandungi bahan yang meragukan termasuk racun dan khinzir. Itupun selepas pihak terbabit meneliti laporan kajian pakar tempatan dan luar negara mengenai penggunaan bahan itu sebelum membuat keputusan, termasuk kajian di Asia Barat. Hasilnya, mereka mendapati Botox antara lainnya mengandungi bahan daripada khinzir, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh memudaratkan pengguna. Selain itu, penggunaan Botox boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan anggota fizikal dan dalaman. Dari sudut lain, suntikan Botox juga mungkin ada persamaan dengan kaedah menanam susuk yang diamalkan segelintir masyarakat Melayu sejak zaman berzaman untuk kelihatan lebih cantik tetapi diharamkan agama. INFO BOTOX 1 Ia adalah ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot pada wajah. 2 Kos RM1,500 setiap suntikan. 3 Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan. 4 Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy. 5 Mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis. 6 Suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat. 7 Suntikan Botox disifatkan satu penipuan serta mengubah kejadian Tuhan. |
Sunday, 9 October 2011
ISU BOTOX
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment