kedai 1 malaysia daerah keningau |
Sepetang saya berkesempatan meninjau di mini market kedai 1 malaysia yang terletak tak jauh dari parking Bas Tung Maa di daerah Keningau. Saya meninjau setiap barangan dan melihat harga yang terpapar, ternyata harganya memang berpatutan walaupun harga setiap barangan itu tidaklah jauh bezanya dengan harga yang terdapat di kedai lain, namun masih dikira agak murah.
Barangan keperluan asas seperti beras, minyak makan, gula, susu tepung dan sebagainy, semuanya ada dalam kedai ini, mungkin masyarakat keningau masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kedai ini, kebetulan pula ia terletak agak jauh dari laluan utama, parking disekitar kedai ini pula agak terhad, iklan promosi juga tiada kelihatan di sekitar bandar keningau.
Pengusaha kedai 1 malaysia di bandar keningau ini sepatutnya menyebarluaskan serta meletak papan iklan atau banner di merata tempat , antaranya dilaluan utama agar diketahui umum wujudnya kedai ini. Saya sendiri tidak tahu kedai ini wujud, setelah secara tidak sengaja melalui jalan ini kerana ada urusan berdekatan dengan kedai ini barulah saya tahu wujudnya kedai ini.
Rakyat di daerah keningau boleh berkunjung ke kedai ini untuk membeli-bela bagi sesiapa yang mengharapkan harga rendah. Sekurang-kurangnya kuranglah beberapa sen berbanding di kedai sekitar yang harganya agak mahal.
No comments:
Post a Comment