Sahabat setiaku menemani ke pelusuk bawah bayu |
Dihati kecil ini selalu saja berbisik, aku hanya menghabiskan sebahagian sisa-sisa hidup ini di perjalanan, saban minggu menyusuri banjaran crocker menuju ke pusat bandaraya bawah bayu lewat subuh yang dingin sesekali meredah kabus bersama sahabat setiaku pacuan empat roda yang gagah.
Kekadang memecut laju 120km sejam tanpa sedar kerana menghindari kelewatan waktu yang telah ditetapkan, waktu sentiasa tepat tiba dilokasi. Bila keadaan tenang rasa bergetar jantung ini bila memikirkan pemanduanku yang agak kelam kabut.
Mujur kemampuan diri masih berdaya walau terasa begitu keletihan merantai jasad ini bersama serpihan usia yang kian merangkak senja. Tiba ke penamat hayat persaraan, beginilah detik-detik sebahagian hayat ini di habiskan...Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah ini.
" SELAMAT HARI BURU "
No comments:
Post a Comment