|
Sebuah memory |
|
Aktiviti lawatan ke Letrik Hidro Tenom |
|
mengimbas nostalgia, inilah wajah2 saat masih belia remaja tahun 1984 ( sedang latihan nashid SUI Tambunan bersama ustaz hj Jalidar, Pak Umar dan Jefrey Siman )
|
Mengimbas nostalgia, majlis pertemuan bersama Ustaz Hj Jalidar Abdul Rahim dengan bekas kumpulan nashid AL IKLIL Sabah telah di berlangsung di bangunan pusat kraftangan Keningau Sabah 16 April 2014.
Majlis yang julung kali di adakan ini dalam suasana hiba, setelah puluhan tahun berpisah dengan rakan-rakan akhirnya bertemu semula dalam satu " majlis Tautan Mahbbah " menjejak sahabat yang bertebaran di merata sabah bukan perkara mudah, setelah di jejak beberapa sahabat, majlis ini dapat di laksanakan meskipun masih ramai sahabat yang tak dapat di hubungi kerana tidak di ketahui lokasi mana mereka berada.
Kumpulan ini telah di tubuhkan awal tahun 1983 di bawah kerajaan parti Berjaya. Penaungnya adalah arwah Hj Abdul Rashid Abu Bakar dan arwah Hj Aludin Kamidi mana kala pembimbingnya Ustaz Hj Jalidar Abdul Rahim, Arwah Pak Ustaz Hj Omar Sidik dan Hj Jefry Siman
|
menyampaikan sebahagian lagu-lagu nashid yang pernah kami dendangkan di setiap majlis masa lalu, Suara Solo Ustazah Sariah Muhiman dan Ustazah Alam Amin kedengaran masih mantap dan bertenaga.. |
Kumpulan ini di tubuhkan dengan tujuan menyebarkan dakwah islam melalui lagu2 nashid yang mana pada ketika itu ramai dikalangan saudara baru memeluk agama islam diseluruh pelusuk sabah ini, maka setiap kali berlangsungnya majlis pengislaman, kumpulan nashid inilah yang dijemput menyampaikan persembahan sambil berdakwah.
|
hanya sebahagian sahabat yang berkesempatan hadir dalam pertemuan ini, sebahagiannya pula tidak dapat hadir serta tidak dapat dijejak lokasi mereka |
|
Ustaz Hj Jalidar sedang menyampaikan ucapan serta mengimbas kembali detik-detik penubuhan kumpulan ini , sesekali menahan sebak bila mengenang beberapa sahabat yang telah pergi buat selamanya. ustaz Hj Jalidar menyelitkan beberapa buah lagu-lagu nashid ciptaannya yang pernah mengegar tanah air melalui kumpulan nashid Nur El Kawakib satu masa dulu. | | |
|
|
Ahli kumpulan ini berasal dari pelbagai daerah di sabah ini, merupakan bekas pelajar Pusat Latihan Dakwah yang berpusat di Daerah Kudat dan Daerah Keningau. Kesemua ahli kumpulan ini adalah wanita, Uniknya kumpulan ini, terlibat menggunakan alat-alat muzik.
Susulan pertemuan kami dengan ustaz Hj Jalidar, beliau mencadangkan agar bekas kumpulan nashid IKLIL ini merakamkan lagu-lagu nashid yang pernah kami dendangkan, untuk tujuan sebagai kenang-kengangan, namun belum sempat berbuat demikian kerana masih mencari dana untuk menerbitkan album nashid tersebut.
No comments:
Post a Comment